Kenali NASGERA

Kami adalah pengeluar produk berjenama Nasgera yang berasaskan beras rendah kanji. Keistimewaan Nasgera terletak pada berasnya yang rendah kanji dan cara penyediaan yang tidak perlu dimasak.

Nasgera terbahagi kepada makanan segera Nasi Rendah Kanji berperisa Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Asam Pedas. Bubur Opah berperisa Ayam, Ikan bilis dan Sayuran manakala Nasi Rendah Kanji D’Rice khas untuk pesakit Diabetic (Kencing Manis) dan penjagaan berat badan. Yang terbaru adalah makanan kesihatan & pelangsingan berjenama OPH (Optimum Prime Health). Produk OPH kami terbukti sangat berkesan untuk penjagaan dan menurunkan berat badan kerana menggunakan formula membakar lemak yang terkini. Ia juga sangat menepati hasil ujian kelangsingan dan penurunan berat badan yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di dalam dan di luar negara dimana menurut hasil kajian penurunan berat badan, ciri utama makanan yang diambil sesorang mestilah berkalori rendah seperti mana tahap kalori rendah produk OPH. Kajian mutakhir menunjukkan jika seseorang yang menghidap kencing manis jenis dua (Diabetic Type 2) mengambil kalori serendah 600 kalori sehari selama tiga bulan dapat mengurang atau memulihkan penyakit kencing manis.

Cara penyediaan adalah sangat mudah dimana semua produk nasgera tidak perlu dimasak atau menggunakan peralatan dapur. Hanya perlu tambah air didih pada beras, tunggu 2 hingga ke 5 minit sehingga beras kembang. Begitu juga dengan bubur opah, hanya tambah air panas ke dalam bekas mengikut sukatan yang dicadangkan, kacau sehingga sebati seterusnya tutup bekas selama 5 minit atau sehingga kembang dan sedia untuk di makan.

Produk Nasgera boleh didapati di beberapa Hyper Market terkemuka seperti Mydin, Tesco, Jusco dan juga kedai kedai runcit pilihan. Selain itu, kami juga mengalu-alukan agent-agent yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama kami. Kami juga boleh dilawati di Facebook page, ‘Nasgera Original’ atau www.nasgera.com.my